Kata Banyak Makna

Kata banyak makna atau polisemi merupakan kata yang mempunyai pelbagai maksud atau erti kata. Kata banyak makna boleh dikategorikan kepada tiga jenis, iaitu :

1.  Kata Dasar Banyak Makna
Kuat : bertenaga, teguh, suka sesuatu dengan banyak
Contoh  ayat :
Pak Mat masih kuat berjalan walaupun sudah tua.
Kawan-kawan selalu mengejek Wasle yang berbadan gemuk kerana dia kuat makan.

2.  Kata Berimbuhan Banyak Makna :
Melabuhkan : memanjangkan, menjatuhkan, menghentikan, meletakkan, mencampakkan
Contoh ayat :
Emak melabuhkan seluar adik kerana agak singkat.
Rickson melabuhkan punggungnya di atas kerusi kerana keletihan.

3.  Kata Ganda Banyak Makna :
Baik-baik : berhati-hati dalam melakukan sesuatu, menjaga sesuatu dengan rapi dan teliti
Contoh ayat :
Pandulah kereta baik-baik di jalan raya.
Saya akan menimpan rahsia ini baik-baik.

Contoh perkataan :

1. ada

a) memiliki, mempunyai
Saya ada sebuah basikal.





b) boleh didapati, dapat ditemui, wujud
Buku latihan ada dijual di kedai itu.






2. alamat

a) tanda sesuatu kejadian
Masyarakat dahulu percaya bahawa biawak yang melintas di hadapan mereka membawa alamat tidak baik.



b) maklumat sesuatu tempat
Leslie memberikan alamat rumahnya kepada Cikgu Noor.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan