Simpulan bahasa adalah kata-kata ringkas atau rangkaian perkataan yang dirumuskan dalam susunan tertentu yang membawa maksud tertentu. Maksudnya terdapat daripada apa yang tersirat atau tersembunyi bukan daripada yang tersurat atau nyata. Ringkasnya, erti simpulan bahasa berlainan daripada perkataan yang digunakan.
Jenis :
1. Simpulan bahasa yang mempunyai dua makna. Misalnya :
(a) ada angin:
- Mempunyai kemahuan atau keinginan untuk mendapatkan sesuatu.
- Sikap atau perasaan seseorang yang suka meninggi diri.
(b) anak buah:
§orang yang berada di bawah pengawasan seseorang ketua seperti ketua pejabat atau penghulu.
§ anak saudara.
(c) langgar bahasa:
§ bercakap dengan menggunakan bahasa yang kasar.
§ tingkah laku atau kelakuan yang tidak sopan atau melanggar adat.
2. Simpulan bahasa yang berlainan tetapi mempunyai makna yang sama. Contohnya:
§ Seseorang yang tidak mempunyai perasaan malu.
- Muka talam, muka tebal, dan muka tembok.
§ Seseorang yang sudah lanjut usianya tetapi perangai tidak senonoh atau jahat.
- Tua keladi, tua kutuk, dan tua lengkuas.
Bentuk atau ciri :
1. Terbentuk daripada penggunaan kata nama am. Contohnya :
(anak buah, buah tangan, dan lipas kudung)
- Anak, buah, dan lipas masing-masingnya sebagai kata nama am.
2. Terbentuk daripada penggunaan kata kerja. Contohnya :
(ajak-ajak ayam, buat bodoh, dan pasang telinga)
- Ajak, buat, dan pasang masing-masingnya sebagai kata kerja.
3. Terbentuk daripada penggunaan kata adjektif. Contohnya :
(besar kepala, bodoh sepat, dan kecil hati)
- Besar, bodoh, dan kecil masing-masingnya sebagai kata adjektif.
4. Terbentuk daripada penggunaan kata nama khas. Contohnya:
(Abu Jahal, Mat Jenin, dan Pak Kaduk)
- Semua ini sebagai kata nama khas.
5. Terbentuk daripada nilai kepercayaan. Contohnya :
(air pinang, batu buyung, dan makan bulan)
- Semua ini ada kaitan dengan kepercayaan orang Melayu.
Koleksi Simpulan Bahasa
Tiada ulasan:
Catat Ulasan