Peribahasa

  • ·       Ungkapan atau kata yang tersusun yang mengandungi unsur-unsur nilai murni tentang cara anggota masyarakat berfikir dan bertindak.
    ·  Amat popular pada zaman dahulu dan digunakan orang untuk tujuan mendidikdan menyampaikan teladan secara halus dan simbolik.

    Jenis-jenis peribahasa :
    Simpulan bahasa {terdiri daripada 2 patah perkataan tersusun yang membawa maksud tertentu}
    Perumpamaan {rangkaian kata yang dimulai dengan kata umpama, seperti, bagai, laksana, dan bak}
    Bidalan {susunan kata menarik yang jelas maksudnya dan tidak ada maksud terselindung atau tersirat}
    Pepatah {kalimat yang bersifat ringkas, disusun berangkap dan terdapat pengulangan kata}

    SIMPULAN BAHASA :
    ·         ambil angin > bersiar-siar.
    ·         ayam tambatan > orang harapan.
    ·         batu loncatan > sesuatu yang dijadikan alat untuk mendapatkan yang lain.
    ·         bergolok bergadai > berhabis-habisan (berbelanja).
    ·         bunga dedap > perempuan cantik tetapi tidak berbudi bahasa.
    ·         cagak hidup > wang riba.
    ·         cepat tangan > suka mencuri.
    ·         duit teh > wang sogokan (rasuah).
    ·         kambing hitam > orang yang dipersalahkan.
    ·         kucing bertanduk > perkara yang tidak akan berlaku
    ·         tumbuk rusuk > menerima rasuah.
    ·         patah kandar > hilang tempat bergantung.
    ·         ringan mulut > peramah.

    PERUMPAMAAN :
    ·         bagai pucuk dilancarkan > amat cepat.
    ·         bagai layang-layang putus tali > tiada pedoman / sudah putus harapan.
    ·         bak birah dengan keladi > hampir serupa sahaja.
    ·         ibarat dakwat dengan kertas > tidak dapat dipisahkan.
    ·         ibarat mencangkul angin > angan-angan yang tidak disertai dengan usaha.
    ·   laksana pohon kayu tidak berbuah > orang yang berilmu tetapi tidak digunakan.
    ·         laksana ikan dituba > tidak bermaya / hampir mati.
    ·         laksana taji dibentuk > kening yang amat cantik.
    ·         macam papan > sangat kurus.
    ·         macam tunggul pisang > hidup sebatang kara / keseorangan.
    ·      seperti api dalam sekam > kejahatan yang dilakukan secara senyap atau tanpa disedari.
    ·         seperti hujan jatuh ke pasir > nasihat yang tidak dihargai / pekerjaan yang sia-sia.
    ·         seperti gagak pulang ke benua > jauh berjalan tapi ilmu tidak bertambah.
    ·         umpama air digenggam tak tiris > sangat kedekut.

    BIDALAN :
    ·         ada gula ada semut > orang akan tertumpu di tempat yang mudah mendapat rezeki.
    ·         ada sampan hendak berenang > sengaja menyusahkan diri.
    ·         belum duduk sudah berlunjur > melakukan sesuatu pekerjaan tidak mengikut peraturan, akhirnya diri yang susah.
    ·         burung terbang dipipiskan lada > sudah bersiap sedia untuk mengecap hasil yang belum lagi diperoleh.
    ·         darah setampuk pinang > tiada pengalaman.
    ·         diam penggali berkarat > ilmu yang disimpan saja, lama-lama akan hilang juga.
    ·         gajah mati kerana gadingnya > mendapat kecelakaan daripada kelebihannya.
    ·    menarik rambut di dalam tepung > bersikap bijaksana dalam menyelesaikan masalah.
    ·     patah kemudi perahu hanyut > sesuatu kaum apabila hilang pemimpin akan menjadi kucar-kacir.

    PEPATAH :
    ·        ada kerak adalah nasi > sesuatu kejadian itu tentulah ada kesannya.
    ·   ada ubi ada batas, ada masa dapat balas > perbuatan jahat akan pasti mendapat balasan juga.
    ·   ayam terlepas, tangan bau tahi > mencari keuntungan tapi menanggung kerugian atau malu.
    ·   ditelan mati emak, diluahkan mati bapa > serba salah hendak membuat keputusan.
    ·  enggan seribu kata, mau sepatah kata > jika tidak bersetuju banyaklah alasannya.
    ·      jauh bau bunga, dekat bau tahi > apabila jauh selalu terkenang tapi apabila dekat selalu bertengkar.
    ·         rosak bawang ditimpa jambak > malang kerana perbuatan sendiri.
    ·         ujung lurus, pangkal berkait > nampak baik tetapi sebenarnya jahat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan